Sunday 5 June 2011

CERITA CUTI SEKOLAH

Dah lama rasanya anis tak update blog ini..Baru-baru ini semasa cuti sekolah saya serta keluarga berkesempatan melawat beberapa tempat menarik sekitar kuala Lumpur,antaranya adalah:-

MUZIUM NEGARA

Banyak yang dapat saya pelajari perihal sejarah negara kita dari dahulu sehingga sekarang
Serba sedikit tentang sejarah penubuhan

Sejarah Penubuhan
Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.

Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British.

Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah.

Pada tahun 1959, sejurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj IbniAlmarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

Waktu beroperasi 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.
Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

SUMBER DARI http://www.muziumnegara.gov.my

PUSAT SAINS NEGARA



Seronoknya dapat melawat pusat sains negara ni.Pusat ini menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Bahan pameran ini ditempatkan di galeri yang berbagai tema di mana galeri-galeri tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

BAGAIMANA NAK KESANA?




PENGANGKUTAN AWAM

engangkutan Awam untuk ke PSN
Bas RapidKL No.U83 (Laluan KL Sentral - Kompleks Kerajaan Jalan Duta)
Operasi Harian (Isnin - Jumaat):
6.00 pagi - 9.00 pagi
4.00 petang - 8.00 malam
* Kekerapan perjalanan bas ialah 30 minit. Tiada perjalanan pada hujung minggu.
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan RapidKL.

HARGA TIKET

Untuk masuk untuk melihat pameran Dinasour harga family (2 orang dewasa+ 2kanak-kanak RM 25).Kanak-kanak bawah 5tahun PERCUMA

PETROSAINS @ SURIA KLCC


kat petrosains ni pelbagai pameran yang boleh memberikan pengetahuan.tertarik dengan imej 3D yang banyak dipaparkan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak pameran yang boleh memberi pengetahuan baru kepada kami seperti dunia dinasor, jenis tanah, kajian mesin, petroleum, F1, kejuteraan dan sebagainya.

Pengunjung juga boleh mencuba beberapa peralatan yang disediakan untuk merasai sendiri kehebatan sains itu sendiri. Terdapat pengunjung asyik dengan demo yang disediakan sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk mencuba. Kami juga sempat menaiki simulator helikopter untuk ke plantar minyak. Kemudian, kami didedahkan dengan suasana di atas plantar minyak.


Masa yang sesuai untuk melawat keseluruhan Petrosains ialah melebihi 2 jam. Walaupun jarah dan masa melawat agak panjang, tetapi anda pasti tidak terasa kerana kusyuk dengan pameran yang disediakan. Pengalaman yang dilalui pasti memberi banyak informasi berguna.

Kepada ibubapa yang belum merancang apa-apa program waktu cuti sekolah ini, mungkin lawatan ke Petrosains boleh dimasukkan dalam acara anda.

Harga Tiket:

Dewasa - RM12.00
Remaja (13 - 17 Tahun) - RM7.00
Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) - RM4.00
Kanak-kanak (bawah 5 tahun) - PERCUMA
Warga Emas (Lebih 55 tahun) - RM6.00

Waktu operasi:

Sabtu, ahad and cuti umum (except Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji):
9.30 am - 6.30 pm
Selasa, Rabu and Khamis:
9.30 am - 5.30 pm
Jumaat: 1.30 pm - 5.30 pm
Isnin: TUTUP

:: Sources and official portal at http://www.petrosains.com.my
:: Email : infopetrosains@petronas.com.my
:: Address : PETROSAINS Sdn Bhd, Level 4, KLCC, Kuala Lumpur.
:: Telephone : 603 2331 8787

untuk musim cuti sekolah ni kena la booking dulu..kalau tak alamat tak merasala..